Blogroll

Thursday, October 25, 2012

SH PESERAH ENTERPRISE

SH PESERAH ENTERPRISE SDN BHD  dengan rasminya pada 9 Julai 2003 dan ia merupakan Syarikat persendirian dan memulakan perniagaan dengan modal sendiri. Tambahan , Syarikat ini memiliki premis perniagaan yang telah beroperasi di No 11 Jalan E Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur.


SH PESERAH merupakan sebuah syarikat Pengurusan Majlis yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada mulanya Syarikat ini hanya menjalankan perniagaan dalam bidang Pembersihan, Pembinaan dan Landskap sahaja. Pada tahun 2005 SH PESERAH mengembangkan sayapnya ke bidang perniagaan Pengurusan Majlis ( Event Management), Penyewaan Peralatan khemah, Penyewaan Perkhidmatan Audio Visual, Consultant, dan juga peralatan yang digunakan untuk semua majlis. Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan mampu menguruskan pelbagai jenis majlis (events) memenuhi permintaan komuniti setempat , korporat ataupun sektor kerajaan. 



Di SH Peserah, kami berpandukan slogan "Pantas & Pasti" , memastikan setiap acara dan perkhidmatan kami adalah dirancang rapi dan dilaksanakan dengan cekap, efektif dan profesional.Dengan berbekalkan tenaga kerja yang berpengalaman dan kelengkapan peralatan berteknologi terkini, semestinya SH Peserah dapat memenuhi ekspektasi dan bajet anda.

VISI SH PESERAH 
Untuk menjadi sebuah Syarikat Pengurusan dan Pengendalian Majlis yang Terunggul di Malaysia dengan menawarkan Perkhidmatan Berkualiti , idea - idea inovatif dan komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap keperluan pelanggan dipenuhi.


MISI SH PESERAH 
Untuk menyampaikan mesej klien kepada masyarakat / audien dengan tepatnya melalui cadangan MAJLIS yang menepati ekspektasi disamping sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan.